Monday 13 May 2013

FINAL ORGASMOS:NASI DAGANG

Setiap suapan umpama final orgasm, kenikmatan yang tidak dapat di luahkan melainkan anda mengunyah dan menelannya sendiri. Begitulah yang dapat aku luahkan tatkala menyantap sepinggan Nasi Dagang. Nasi Dagang adalah satu lagi keunggulan dan bakat orang pantai timur dalam bidang culinary. Aku membesar dalam keadaan suasana kampung yang agak terpencil di Pahang yang penuh dengan pelbagai makanan traditional pantai timur. Di Pahang kebanyakan nasi dagang lebih terpengaruh dengan versi Kelantan berbanding Terengganu. Namun bagiku kedua-dua versi mempunyai keistimewaan tersendiri.

Nasi Dagang versi Kelantan
Nasi dagang Kelantan di masak mengunakan beras dagang (warna putih bercampur dengan warna keperangan). Beras yang unik dan mempunyai tekstur yang agak keras berbanding dengan beras biasa. Bagi aku menikmati nasi dagang versi Kelantan tidak begitu memuaskan hati. Mungkin aku tidak berapa gemar dengan rasa berasnya. 

Proses untuk menyiapkan nasi dagang membutuhkan sukatan santan,garam dan air yang tepat. Jika tidak nasi akan menjadi terlalu berlemak dan mudah basi. Terlebih santan juga akan menyebabkan kita mudah muak ketika menyantapnya. Oleh sebab itu, aku lebih suka kalau nasi dagang lebih mild, so bila kita makan kita baru boleh feel dan rasa herba yang di campur di dalam nasi tu. Baunya akan menjadi wangi dan soooo syiok.

Versi Terenganu mengunakan beras pulut dan beras biasa. Namun nasi dagang Terengganu agak rumit berbanding dengan nasi dagang Kelantan. Beras tu hendaklah di rendam dalam air sejuk semalaman (6 jam). Kemudian kukus sampai 3/4 masak. Then, transfer dalam bekas lain. Gaul dengan santan. Kemudian masukkan balik dalam pengukus. Kukus sampai masak. After that, transfer balik dalam bekas. Gaul dengan santan sampai sebati, but kali ni tak perlu kukus kembali. Leceh kan. Itu belum masuk bab nak buat gulai ikan tongkol dan acar lagi. So beli je la senang. Tak payah nak berpeluh ketiak nak memasakkan.

Selalunya aku beli kat pasar malam je nasi dagang je. Tapi kadang-kadang kucewa dengan rasa yang ntah apa-apa. Aku tak suka kalau nasi dagang itu terlalu berlemak, menyebabkan kita tak dapat merasa rasa herba, masin dan wanginya nasi tu. Belum cakap lagi pasal kuah gulai yang cair-bole (sangat cair). 

Namun, ketika aku di Kuala Lumpur aku dipelkenalkan dengan sebuah gerai, mak cik ni kat area AU5 Lembah Keramat. Tokey dia orang Terengganu. Gerai ni di warisi dari mak dia. Walaoweh nasi dagang dia versi Terengganu. Rasa dia memang cun. Selalunya kalau tokey kedai nasi dagang kerek sikit. Memang tu da jadi trademark diorang. Kalau tak kerek tu maknanya nasi dagang diorang tak sedap..hahaha.Kebiasaanya tokey dia akan pakai gelang dan rantai emas yang banyak. Makin banyak gelang emas makin sedap lah nasi dagang dia.
Nasi dagang Terengganu kat Food court AU5 Lembah Keramat
Tokey kedai ini memang agak kerek la pada mulanya. Tapi bila dah selalu datang okay je, sporting jugak la. Kadang-kadang dapat gak la merasa kepala ikan tongkol. Aduhai..!!! sekali serottt biji mata. Perghhh!!! sehingga ke lendir yang terakhir kata kau. Harga sepinggan RM8.00 henggit kau. Mau tak licin pinggan aku jilat. Tapi berbaloilah.

I <3 NASI DAGANG...Haih!!!! =(

Sunday 12 May 2013

Laksam: Antara genius dan bakat

Laksam anybody?
Apa tu? Tak pernah makan pun.
Makanan kampung mana?
I tak suka laksa! (erkkk. . .bukan laksa but laksam)

Okay..Whatever.

May be ramai yang tidak tahu apakah itu laksam. Apakah perbezaan dengan laksa penang or laksa pangkoq (MB Perak kata sangat sedap: but for me biasa-biasa saje). Jika di fikirkan bagaimanakah orang pada zaman dahulu bisa terfikir untuk membuat laksam yang sangat unique bagi aku.

laksam sebelum di potong-potong
Laksam ini famous di negeri-negeri sebelah pantai timur Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Bagi aku, nationality laksam ini datang dari Kelantan (sebab aku pro-Kelantan). Basically, laksam akan di santap di kala pagi (breakfast). Pada asasnya, laksam ini samalah seperti makanan berkuah yang lain seperti mee sup, mee bandung dan lain-lain (ada noodles dan ada kuah). Namun laksam tidak mengunakan noodle yang instant. Hingga ke hari ini aku tidak lagi melihat atau pun membeli laksam yang instant.

tudung periuk lebih kurang macam inilah
Watak utamanya adalah laksam dan heroinnya adalah kuah lemak yang di perbuat daripada ikan yang dikisar halus. Laksam diperbuat daripada bancuhan tepung beras, bahan asas yang sama untuk membuat laksa. 

Namun uniquenya, bentuk laksam tidak sama dengan bentuk mee traditional yang lain. Bancuhan tepung beras itu di tuang di dalam tudung periuk yang leper. Kemudian di letakkan di dalam pengukus. Bancuhan yang tepat akan menghasilkan laksam yang tidak lembek dan tidak pula terlalu keras (just nice:Italian cakap al-dente). Selang beberapa minit, laksam akan di keluarkan dari pengukus dan di tanggalkan laksam tadi daripada udung periuk dengan penuh berhati-hati. Tujuannya bagi mengelakkan laksam akan terburai. Kemudiannya, laksam di gulung (seperti gambar di atas). Sebelum di hidangkan laksam akan di potong-potong terlebih dahulu.

Heroin:Kuah lemak yang pekat dan menyelerakan. Gabungan yang sangat secocok seumpama Kak Mah dan Abang Najib (sorry..!!kikiki). Bahan utamanya adalah isi ikan selayang atau pun sardin (ikan lain aku tak tahu la: ikan kembung pun boleh rasanya). Lemaknya datang daripada coconut milk, lebih sedap kalau guna santan yang di perah sendiri (air tangan sendiri kan) daripada yang segera. Kuah ini hendaklah di masak dengan medium heat, so that the kuah not boiling but simmer saja.

Filem ini di serikan lagi dengan pelakon tambahan seperti rampaian ulaman (timun, kacang panjang,bunga kantan dan lain-lain). Di hangatkan lagi dengan sambal cili yang membara. Mahu lagi best letak baked shrimp paste. Walaoweh...siyok woo!!!..Silalah choba!
Laksam yang aku beli di Pekan Sehari Kampung Damak


Info:Laksam sangat mudah di dapati di pasar malam, pekan sehari or pergi je la negeri Kelantan..habis cerita.

Selamat berlaksam semua!!!

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

Harghhhh!!!!!....Orang Pahang Kalau dengar saja gulai ini, tidak ramai yang akan menolak. Makanan ini sangat sinonim dengan orang Temerloh khususnya, Pahang amnya (Temerloh di kenali sebagai Bandar Ikan Patin). Jika mahu rasa gulai yang original silalah mampir ke gerai-gerai di pinggir Sungai Temerloh. Tapi AWAS!!!..Di harap tuan-tuan seeloknya tanya dahulu harga berapa harga seketul ikan patin. Ramai yang tidak tahu bahawa ikan patin ini sebenarnya mempunyai beberapa 'grades' (wah..macam telur kau grades bagai).

Kebanyakan ikan-ikan patin yang di buat gulai tempoyak di gerai-gerai sekitar tebing Sungai Temerloh daripada jenis ikan patin sungai atau patin buah. Ikan patin jenis ini isinya lebih manis dan tiada rasa yang hanyir (fishy). Kadangkala harga bagi sekilo boleh mencecah ratusan ringgit (haa..engkau!!!)). 

(inilah keadaan ikan patin sebelum di jadikan gulai)

Manakala tempoyak pula adalah sesuatu yang tidak perlu di pelkenalkan lagi kepada umat di Pahang. Tempoyak seumpama budu di Kelantan. Tempoyak sebenarnya adalah isi durian yang di simpan di dalam balang. Semakin lama tempoyak di simpan, semakin kick!!..Macam cheese lah (aging process kata orang putih).  Bagi yang mahu buat sambal mentah tempoyak di cadangkan menggunakan tempoyak yang baru di buat. Tapi kalau mahu buat gulai eloknya cailah tempoyak yang di simpan agak lama. barulah akan terasa KICK!!!.

Bahan-bahan yang basic untuk buat gulai tempoyak:
  • Tempoyak (of course la kan)
  • Ikan patin ( minta elak beli ikan patin kolam, at least belilah yang di bela dalam sangkar)
  • Cili
  • Daun kesom
  • Kunyit (eloknya guna kunyit hidup ok)
  • Tambahan: Timun tahun
Timun tahun a.k.a timun bulan
Hasil daripada kombinasi bahan-bahan tersebut, maka lahirlah hasil kulinari unggul dari pantai timur yang di gelarkan "GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN".

"GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN"


Saturday 11 May 2013

Mukodimah! Kata-kata penghantar

Makan adalah fitrah manusia. Tanpa makanan manusia akan berasa lesu dan tidak bermaya. Jika tidak makan selama beberapa hari manusia akan mengalami kebuluran ataupun "starving"..kikiki.Seorang muslim seperti saya, percaya segala rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t. Saya besyukur kepada Allah kerna di lahirkan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.Oleh kerana, Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama membuatkan Malaysia mempunyai variasi makanan yang sangat unik. 

Makanan yang kita makan menentukan siapakah diri kita. Begitulah makanan mempengaruhi gaya hidup kita. Tapi siapa peduli, orang cakap selagi sihat ada duit makan saja apa yang melintas (yang halal la beb). So that, blog ini lahir atas rasa cintanya aku pada makanan yang ada di Malaysia khususnya dan di bumi amnya.

Lets stop all this crap and move on to the new chapter bagi blog ini. 

Blog ini bukan untuk bahan ilmiah yang boleh di jadikan reference untuk research mana-mana insan. Terlahirnya blog ini hanya untuk personal use saja. tak paksa orang baca dan bukan untuk di hayati. So, bahan yang terpapar di blog ini adalah segala makanan yang aku rasa sedap dan yang tak sedap.